Search This Blog

17.9.14

Cabaran lepas baik demam


Disebabkan aku tak sanggup nak ambil gambar muntah diri sendiri. Gambar google jelah ya :)

Yes, hari Isnin pukul 3 pagi (2:52am) to be exact, badan panas dan terasa nak muntah. Walaupun dalam kepala ni tahu, secara logiknya muntah adalah satu cara yang paling cepat untuk mengeluarkan bendasing yang tidak baik dalam badan, still, rasa sakit sangat bila nak keluar. Bayangkanlah kalau baby atau anak-anak kita muntah, mesti lagi kesian kan? Orang dewasa pun dah rasa sakit, apatah lagi budak2 yang baru nak merasa kesakitan muntah.

Ok, anak-anak ok, tiada masalah. Tapi, mungkin disebabkan tak dapat nak tidur dan bangun banyak giller kali untuk ke tandas, Aina start bangun. Mula-mula ikut mama dia ke tandas, tengok and then dia kembali semula ke tempat tidur.

After a few times, aku pun tak tahan dengan badan panassssnya... Pukul 4 pagi mandi sambil duduk dalam toilet. Ok, masa tu Aina tengok aku macam pelik. Walaupun dia tak cakap atau bertanya, mungkin dalam kepala dia,"Aik, mama aku ni dah nak pergi kerja ke?" or "Perlukah aku mandi juga untuk ke Taska?"

Seperti biasa, setelah semuanya selesai, aku pun tidur semula diikuti dengan Aina yang takut sangat Mamanya tinggalkan dia. *Arrgh, bila teringat semula memang comel! Tapi, masa tu hanya rasa sakit saja*

So, pukul 7 pagi, si suami agree nak hantar ke klinik dan ambil time slip. Lepas hantar anak-anak terus ke klinik panel, tapi doktor tak sampai. Disebabkan kepenatan, aku tidur, sampailah nama dipanggil. Memang sah, 39degrees. Doktor siap kasi MC 2 hari, tapi esoknya Hari Malaysia, kira MC berguna hanya 1 hari saja. Tak apalah.... Alhamdulillah, lepas minum ubat on the spot depan doktor, balik rumah, suami singgah beli breakfast.

Sampai rumah, makan ubat dan terus tak sedar diri sampailah terasa nak kena pergi toilet. Bangun dan semasa dekat toilet dengar suara budak2. Aku fikir, "Ni mesti anak2 jiran ni"

Rupa-rupanya.... (Jeng jeng jeng....)

ANAK-ANAK AKU!! Baru balik dari Taska. Ya Allah! Dah pukul 530 ptg!
Suami ambilkan anak dari Taska. Tu dia... Pengsan punya pasal! Tapi, badan segar sikit, demam pun dedar sikit. Cuma cirit birit masih ada....

Begitulah cerita demam aku :P

No comments: