My tit bits of life. My thoughts and feelings. My memories and history. Sometimes sharing, lessens half the burden and helping enlightens the other half.
Search This Blog
21.2.14
Salam Jumaat yang berkat :)
Wow.
Hari Jumaat memang hari di mana tak banyak kenderaan pergi kerja, tak ada accident, tak ada kereta gila yang asyik memotong tak tentu arah sebab nak segera sampai ke tempat kerja etc.
Secara automatik, mood pun bagus.
Alhamdulillah, ni semua Allah dah plan... Rahmat Hari Jumaat, penghulu hari.
Berkat... Jadi, hari ini, mari kita lakukan perkara-perkara sunat.
1-Membaca surah Al-Kahfi
Fadilatnya ialah menerangi antara 2 jumaat sebagaimana yang disabdakan Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i,al-Baihaqi dan al-Hakim daripada Abi Sa'id al-Khudri r.a,
2-Mandi sunat jumaat,bagi orang yang akan pergi solat jumaat,
3- Memotong kuku jika panjang,memotong rambut yang panjang,mencukur bulu ketiak,mengguting misai dan mencukur bulu ari-ari,
4-Memakai wangi-wangian,
5-Memakai pakaian yang elok dan bersih,Afdalnya ialah pakaian berwarna putih,
6-Lebih awal pergi ke masjid bagi melakukan ibadah-ibadah kepada Allah swt.selain dapat berniat iktikaf,
7-Memberi sepenuh tumpuan dan pendengaran pada khutbah dan nasihat yang disampaikan oleh khatib,dan mengambil pengajaran dan seterusnya diamalkan.Hendaklah juga merasakan bahawa kepada dirinyalah ditujukan nasihat-nasihat tersebut.
8-Pada hari ini juga kita disunatkan memperbanyakkan selawat keatas Nabi SAW,siang dan malamnya. Memang sepanjang masa kita disuruh berselawat ke atas Nabi SAW,namun pada hari jumaat ia lebih digalakkan lagi oleh agama.Antara kelebihan berselawat ke atas Nabi saw pada hari jumaat ialah akan mendapat pahala dan beroleh syafaat Nabi saw pada hari kiamat nanti...Allahuakbar...
Sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Apabila kamu berada pada hari jumaat dan malam jumaat,maka hendaklah kamu memperbanyakkan selawat ke atasku."(riwayat Muslim)
wallahu'alam...
Credit http://soutulmujahidah.blogspot.com/2012/01/antar-perkara-perkara-sunat-dilakukan.html
Best kan Hari Jumaat? Seronok sangat. Tapi, kadang-kadang memang diuji pada Hari Jumaat, seperti, rasa nak marah-marah. Ini semua gangguan syaitan dan nafsu... Jadi, bersabarlah ya kawan-kawan.
In a different note, saya perlu ke bank hari ini. Membayar hutang seperti biasa. Tapi, kali ni, awal sikit saya bayar. Alhamdulillah, dapat duit lebih sikit bulan ni :) Tapi, perlu buat bayaran di kaunter, tu yang tengah cari branch berdekatan dengan Cyberjaya.
Semoga Allah permudahkan urusan saya sekeluarga dan rakan-rakan sekalian, Inshaa Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment