Search This Blog

20.2.14

Mengantuk di pagi hari :P



Ya Allah, mengantuknya...
Baru pukul 11 pagi... Ni mesti sebab Boku no Ita Jikan #07 semalam.
Arrghh... Sebab itulah kurang tidur.

Selalu kalau kurang tidur macam mana sekali pun, tak akan sampai tahap tidur nyenyak kat Surau..
Serius, memang dah doze off tadi... Ikenai, ikenai!

Faktor lain yang menyumbang kepada kemengantukan pada hari ini ialah, suasana kurang ceria di pagi hari.
Argh! Ni rasa nak makan kek Tokio Cafe lagi! Tak pun beli cookies!
Bagi mencerikan suasana dan mood hari ini, kena makan lunch yang sedap, menyelerakan dan menyeronokkan :)

Tambahan pula tak beli lagi souvenier untuk KF. Dah sampai ofis pun dia pukul 10 pagi tadi, malam ni nak balik dah.
Kalau mood hari ini tidak diperbaiki, memang sah aku akan balik awal hari ni...

Tapi, ada saja mata-mata serong yang memandang... Kamu semua tak pernah lalui mood macam ni ke?
Kalau tak boleh balik awal sekalipun, at least, benarkanlah saya meluahkan perasaan dan keinginan di alam maya ini.

Oh, laparnya... Cepatlah habis sesi makan-makan dan merapatkan hubungan antara pekerja ni :P

Ya, kita makan buah dulu.

Di syarikat ni, ada budget untuk beli buah-buahan untuk pekerja setiap Selasa dan Khamis. Seronok!
Walaupun hanyalah buah, tapi rasa seperti dihargai

(selepas 5 minit)

Tiba-tiba saja mata cerah dan hilang rasa mengantuk!
Kenapa?
Sebab PM (bukan Perdana Menteri tau), dah sign dokumen yang tertangguh! *Yeay*
Keseronokan yang melampau! Membuak-buak perasaan bersemangat bekerja menolak perasaan mengantuk keluar dari rongga-rongga badan.

Makan buah pear sekejap!

No comments: