Search This Blog

3.9.09

Cerita Opah - 2

Salam,

Baru lepas bergembira dengan cerita Uyuni dah masuk 4 bulan semalam. Pagi tadi dengar pula cerita sedih tentang Opah Abg yang sedang terlantar di wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang.

Read about Opah

Opah malam semalam tiba-tiba tak dapat bercakap dan tidak sedarkan diri. Makcik dan Pakcik bawa Opah terus ke hospital. Sebelum ini dia pernah pengsan semasa sedang makan. Doktor mengesahkan bahawa dia menghidapi “stroke” pada waktu itu. Tapi, setelah rehat yang mencukupi, Opah segar kembali.

Opah perlu pantang dalam pemakanannya. Semuanya kerana faktor usia dan kesihatan. Sebab itulah saya tanya pada Abg apa Opah makan masa berbuka petang semalam. Kata Abg, kuih biasa-biasa saja.

Petang tadi sms Abg tanya update keadaan Opah.
Opah dah sedarkan diri….tapi masih belum boleh bercakap, masih tak dapat mengenal sesiapa pun ahli keluarganya yang ada di situ. Doktor pakar sedang memeriksanya sekarang. Katanya terkena Angin Ahmar. Na’uzubillah…

Sebak sebentar dengar Abg kata macam tuh. Kenapa? Sebab saya tak pulang ke Kelang untuk berbuka puasa minggu lepas. Tak sempat nak jumpa Opah semasa dia tengah sihat. Sekarang masa tengah sakit, dia mungkin dah tak kenal sesiapa lagi. Bersalahnya rasa….

Dugaan dari Allah memang menyedarkan ramai antara kami sekeluarga. Di saat genting inilah baru kita lihat bagaimana Opah yang ada ramai anak tak mampu membela dia seorang. Tak mampu berkorban untuk Ibu seorang. Sedih, kan?

Menurut Abg, Opah sekarang memorinya sangat rendah…kadang-kadang dia ingat Abg air matanya berlinangan, pegang Abg, tak kasi pulang, tapi tak lama lepas tu dia akan tak sedarkan diri dan lupa kembali siapa Abg.

Mungkin sudah tiba masanya kita semua fikir untuk menjenguk orang tua di kampung. Terutamanya bulan Ramadhan yang banyak berkatnya. Melawat saudara mara=merapatkan hubungan silaturrahim = banyak pahala

Kawan-kawan mungkin tak kenal Opah, tapi harapan supaya kawan-kawan boleh sedekahkan Al-Fatihah untuk Opah supaya keadaannya kembali stabil, InsyaAllah.


Nota kaki: Fieza insaf hari ini. Tapi, hospital tak benarkan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun untuk melawat (termasuklah Yuni)

No comments: