Search This Blog

8.11.10

Strip them off when having fever

Yuni demam.

Oh, sedihnya. Kali kedua Yuni demam sepanjang 18 bulan ini. Demam nak membesar ke? Ok, kalau begitu, mama redha!





4th Nov 2010 (Thu)
Yuni tidur awal. Masa mama smpi rumah, Yuni dah pun tidur. Pukul 9:30 pm mama angkat Yuni dari buai ke atas katil. Aikk?? Apesal panas semacam? Rupa2nya Yuni demam. From then onwards, starts a 3-Day journey of fighting Bad Fever Virus.

Tak tidur langsung sebab risaukan kepanasan badan Yuni. Ok, makin dah besar nih, makin tak nak makan ubat. Bagaikan sword fighting yang diakhiri dengan kekalahan mama of course.

Tambahan stress dari Ayah hang. Anak dah tahu demam sanggup lg dia keluar malam2. Brapa kali SMS berapa kali call nak mintak tolong drive kitorang pi Hospital or Clinic. Tak terjawab satu pun.

In the end, mama tepon nenek Yuni yang sedang tidur di tingkat atas. Minta tolong drive kan kami ke Hospital.

Walaupon mama selalu dok ngata/ngumpat SJMC, mama terpaksa berharap pada hospital ni sbb itu saja yg paling dekat dan bukak pukul 2 pagi. Seb baik xde patient menunggu kat Emergency tuh. Terus Doctor Kelantanese tuh attend kitorang dengan baik sekali! Tanpa menunjukkan muka yang masa sbb terpaksa attend patient seawal pagi. Nurse before that of course melakukan ritual biasa seperti temp: 38.7 deg celcius dan pulse + blood pressure Yuni.

Kemudian, terus ke atas katil dan menonggengkan Yuni. Tuh dia~~ Kemasukan ubat BONTOT ke BONTOT Yuni. Hahaha... Mama hanya mampu tergelak bila Yuni kemutkan BONTOT dia lepas ubat demam itu dimasukkan ke dalam juboq. Wahaha.. (Tu lah, degil lagi xnak makan ubat... <-Dalam hati jer)

So, bawa Yuni balik. On the way home, Ayah telephone dengan suara risau bertanyakan kami kat mana.. Caittt.. Hang yang tak nak jawab call, sapa suruh? Drop by 7Eleven and bought lots of Cool Fever for Yuni. Reached home about 3:30am and Yuni was soooo active! Tak mau tidur! Wants mama's iPhone4. Oh, dear, kitorang dah tak larat. So, at 4:30am, I put Yuni in the BUAI with the iPhone4.




Not long after that, Nenek turun bawah, bukak pintu bilik;

"Apesal telefon?"

mama yang dah xtahu menahu apa jadi dengan Yuni dengan groggynyer nampak Nenek jenguk Yuni dalam buai. Rupa2nya!! Yuni bukan tgk Youtube kat iPhone, dia pi call Nenek, pastuh Atok, pastuh nenek, pastuh atok... ulang2.. Padanlah Nenek turun.
In the end, Nenek dodoi Yuni sampai tidur.



5th Nov 2010 (Fri)
I woke up finding Yuni already awake. Normal routine, minum susu pagi sambil tgk tv. Demam masih ada cuma tak seteruk malam tadi. Tempek Cool Fever dan segalanya sambil paksa Yuni minum air masak sambil sponge. Wow, talk about multi-tasking!
So, reaching to the afternoon, her fever seems to reside. So put her to sleep. Dia bangun balik after 1 HOUR with a very high fever! Again, ingat boleh relief sket, rupanya datang balik.

And she mengamuk the whole evening. Refused MILK. Only wants nenen. No ubat. Had to light up her mood by taking her pusing laman naik beskal. Mamanya nih dah start risau. Minta advise kat FB on how to reduce the fever. Thank you to concerned friends, @Z'din Hamid, @Rohayati Ajak, @Shaela Ali, @Sufi Norhany, @Maryam Huda, @Sorga Janjan for the advices.





Terus keluar pi Shell terdekat beli Air Rhino (Air badak sebenarnya) masuk dalam botol straw Yuni dan paksa dia minum. Demam reduce pada malamnya due to continuous Cool Fever, Air Rhino, Sponging. Ok, mama pun dapat tidur dengan tenang.

Ingatkan kalu tengah malam still panas, memang dah mandi air asam jawa dah. hehe

6th Nov 2010 (Sat)
Bangun pagi and found out Yuni's fever is still there. This time, I am not going to be MALAS. Buat susu + Ubat demam paksa minum. Change pampers terus Sponging depan TV. Fill in second bottle of Air Rhino and paksa Yuni minum sambil sponge.

Ubat Bontot cuba dimasukkan ke dalam bontot Yuni.. Tp, fail. Dia macam dah tahu2 jer sambil kemut2 kan bontot dan luruskan kaki. Tengahari belikan Yuni air Kelapa Muda tanpa gula dan ais. Beri Yuni minum.

Masak bubur + Ikan bilis tumbuk + Kicap sket... Ok, kicap tuh mmg mistake. Demam terus naik balik dat Noon. Pagi tuh, selepas hubby dimarah/ditegur oleh mama, dia start bersihkan kipas dan servis air-cond. Sementara mama tgh membaik-pulih mood Yuni.

Selepas paksaan sponge dan selepas Yuni tidur petang tuh di ruang tamu. Checked her fever. Terus tak ada. Alhamdulillah!


Still masih berhati2 if her fever naik balik. So, continue on water, sponge (lightly) and Bogelness... hahaha Penting di sini untuk strip your kids bogel if they have fever. If not, then the easiest way I did was wet her clothes and make her wear the wet clothes. Yes, it worked! hehee

Walaupun most of the time, Hubby membantah. Well, hubby mmg Kampung sket pemikiran, kurang innovation.

Apa2 pon, memang menjadi satu pengalaman untuk aku especially, untuk BERSENGKANG MATA (got this right!) menjaga anak yg demam. Experience kerisauan seorang ibu.

Memang betul, Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu. Kalau anak anda tidak bersetuju dengan statement ini, make sure imbaskan kembali apa yang Ibu2 sacrifice semasa mereka kecil (bukan berkira tau..)

Ijou. Luahan hati :B

3 comments:

AyinEmran said...

Alhamdulillah, Yuni dah sihat. Such an experience. Naluri perempuan semulajadi mmg penyayang. Tambah2 dah jadi ibu, lagi lah. Risau betul bila anak tak sihat kan. Tp sgt2 lega bila dah baik. Byk hikmahnya, dan byk juga pahalanya, fieza. :)

HW said...

Alhamdulillah Yuni dh sehat! Aku pun penah experience d same time Khayra 1st demam - viral fever jugak & pengalaman cekalkan hati masuk ubat thru bontot utk cpt sembuh & buat sponging.

-Wahida-

fieza said...

Alhamdulillah. Bersyukur! Terima kasih kawan2 atas kata-kata semangat :))