Search This Blog

20.12.09

Maal Hijrah (Tebus dosa)

Kalau sebelum ini aku maybe akan rasa marah... geram... dan tak puas hati dengan kejadian sehari sebelum Ma'al Hijrah... Sekarang tidak lagi! heh... (bangga siot... Astaghfirullah!)

Sehari sebelum Ma'al Hijrah... Actually hari Rabu malamnye aku entah kenapa sangat emotional dengan Yuni sebab dia tak nak tidur walaupon aku dah nyanyikan semua lagu dalam album 1st Siti Nurhaliza (acah aje)... Bermacam2 dodoi zikir dah aku dendangkan... Ambil aku 1 jam nak tidurkan dia.. Penat wooo...

Walaupun pada akhirnya dia tidur jua... Kesabaran ku tak behtu teguh pada malam tuh bila aku naik atas and nampak Abg tengah lepak tgk ESPN (read: BOLA).... Tiba2 je my blood went upstairs too with me...

Mengamuk giller aku ngan Abg malam tuh...
(Tahap baling2 bantal tau)

Aku dah analisa diri aku senang marah/mengamuk/moody bila...
1. LAPAR
2. PENAT dan pada masa yang sama LAPAR
3. KESEORANGAN di rumah dan pada masa yang sama LAPAR
4. Bila bangun pagi pukul 9 dan LAPAR

hehe... Senang nak faham, kan? So, aku memang lapar malam tuh tapi dah pukul 9:30pm... Boleh je klau nak keluar jap pi Old White Town Coffee (Thankx to that reunion Night, aku dah giller kat restoran nih...) Tapi, entahla... Malas?

So, aku makan megi jer... Megi Sup Tulang...
(Rupa2nya mak bapak aku pon makan megi tuh pada malam yag sama before aku)

Thanks to that Megi, next morning aku dapat angin... dahla malam semalam dah Hangin... (Dajare kayo!!) Aku ingat tak serius... tapi, kat ofis aku muntah... semua breakfast... Badan tak larat... Aku balik rumah for lunch, aku tak larat... tepon boss kata Sori... Cannot make it back.. I MC hari nih... huhuh

And then muntah lagi... isk... isk...
Pergi klinik after that... Pastuh on the way balik singgah kedai runcit Cina beli 100 Plus... Aku tak tahan giller, so aku bercangkung depan cashier... Uncle tu kata;

"Aiya... Apa pasal ini macam?"
"Tak ada tenagalah... Dari pagi tadi Muntah2..."
"ANAK kaa????"

Caitt... Sama lawak dengan Abg aku pagi tadi bile aku kata aku muntah2...
Tapi bile muntah2 aku semakin serius menjelang petang... Maji aku ingat aku pregnant, ok? Tapi, pregnant ape muntah2 sambil cirit birit??

So, malam tuh Abg balik lap badan aku dengan tuala sejuk... Suap aku makan nasi (right after muntah) sambil tengok Malaysia lawan Vietnam Final Sukan SEA... Belikan Air kelapa...
(Sungguh terharu! Even though semalam aku dah Hangin sampai wrestling dengan dia)

1st thing aku buat...
"Abg... Mintak Maaf ye semalam sebab Hangin kat Abg... Syg rasa Tuhan nak balas cash la kat syg ari nih... Lum sum sempena tahun baru"

"Tahu takpe..."

Aiyah... terkena lagi... tapi, aku bersyukkur kerana suamiku seorang yang penyabar dengan aku... Cammana aku wrestling dengan dia (korang agak2 sendiri lah) teruk sekali pun... dia tak ambik hati...
Tapi, aku dah dapt azam baru;

Jadi Isteri/Ibu yang tak Temper


Korang doa2 kanlah aku berjaya, ya?

P/S: Sampai sekarang aku takleh makan banyak... Rasa macam nk muntah... serious...

6 comments:

a.k.a. apot said...

aku doakan ko berjaya :)

fieza said...

Amin!

Thanks!

dd said...

old town white coffee??

Ani mariani said...

Fiza,
Bila anak dah pandai main (lebih kurang sethn ke atas), lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii susah nak tdur....

so, taktik aku-bwk dia p main/ jenjalan smpi dia letih...lepas tu bg susu, terus tdur..letih~

tapi, ada masa...dia punya kemaruk nak main, smpi tahap -
tak nak susu - nnt dia tertidur
tak nak ada angin kipas - sejuk, nnt dia tertidur
tak nak aku yg peluk - sbb sentuhan aku mmg bley buat dia tdur..haha

apa lagi, terlelap 1 second je pun, nangis mcm kena pukul...sbb xnk bg mata dia ngantuk.

mula2 aku geram je dgn gelagat anak bujang aku tu..tapi lama,2 bley sabar :)


people can change, but we need time and effort and also DOA.

gud luck!

yumyum said...

aish aku pun kadang2 temper kalau terbangun lambat and realised banyak benda ayra tak settle lagi, mula pung pang2 mengamuk. isk kesian kat laki bangun2 ada org mengamuk.

so azam tahun ni settle siap2 suma benda b4 masuk tido. n bangun awal supaya tak terkocoh kacah di awal pagi.

tapi kadang tu aiii badan penat sgt mmg tak leh control terlelap camtu jek.

azu said...

insyaAllah boleh!

ganbare!